Monday, 22 April 2013

THANK YOU !

Hi. Salam :) Its been a while. Dah lama tak update. busy la katakan hewhew. Lagi beberapa hari je lagi dah nak keluar result final. Takut tu semestinya. Tak tahu la sem ni naik ataupun turun. lepastu nak fikir pasal permohonon kolej lagi. Fuhh. scary marry. Hahaha. Setiap hari aku bersyukur dengan ape yang aku ada sekarang. yeah im bless with everything. family, friends and love. :) . Setiap orang  ada takdir masing masing kan. Rezeki yang ALLAH bagi semua tu berkat dari usaha dan doa . InsyAllah.. Aku pun nak ada keluarga, rumah sendiri. satu hari nanti. InsyALLAH.. Tak semestinya harta yang banyak hidup bahagia kan. Cukuplah sekadar rezeki yang ALLAH bagi tu mencukupi. banyak ke tidak tu nombor dua. Banyak nak cerita pasal terima kasih ni. Terima kasih pada mama and abah yang dah susah payah kerja cari duit untuk kitaorang. Bila tengok dorang kerja penat penat baru la kita sedar susahnya cari duit . Ni baru sekarang. Nanti time aku kerja macam mana lah agaknya..Terasa mcam nak penuhi kehendak diorang macam mana diorang penuhi kehendak kita selama ni. Terima kasih jugak buat si DIA . Saya tak pernah terfikir pun akan kenal awk... awak datang pada waktu kita perlukan seseorang. Bila fikir balik lepas apa yang dah jadi memang susah nak percaya pada orang. tapi semua tu kuasa tuhan. Alhamdulilah. saya happy dengan awk. happy sangat :) awk tak tahu banyak mana sayang saya pada awak. pada saya awk macam keluarga . :) Terima kasih ALLAH untuk hidup ni. 

Tuesday, 12 March 2013

everything has an end

semua yang hidup akan mati. setiap pertemuan pasti akan ada perpisahan. cuma tinggal beberapa hari lagi dah nak final exam. pejam celik pejam celik sumpah tak sedar masa dah pantas meninggalkan kita. tinggal berapa hari jugaklah  untuk aku dgan dia. sedih tu op kos lah. tapi nak buat camna masing2 ada hidup n cita cita sendiri kan. buat masa sekarang aku pun tak tahu perasaan aku cam mana. mybe sebab aku control sebab tu jadi cam tepu. tunggu lah nanti dah jauh kann. entah lah.. moga moga bila dah jauh nanti semua sentiasa ok. InsyaAllah. kita merancang tuhan yang menentukan. walau macam mana kita merancang kalau tuhan tak nak benda tu berlaku, tak berlaku jugak. cuma satu benda yang aku risaukan bila jauh. DILUPAKAN. sama ada aku dilupakan atau aku yang lupa tu yang menjadi persoalannya. insyaAllah everything will be fine :') 


Wednesday, 16 January 2013

Malang Tidak Berbau

Hai. Assalamualaikum. Kali ni aku nak cerita pasal dua tarikh yang tak akan aku lupa sampai bila bila. Actually tiga tapi tarikh lagi satu aku dah lupa. so the conclusion is daripada aku lupa the EXACT date untuk hari yang paling bersejarah dalam hidup aku so aku bagitau kat sini. The first date is 26 December 2012. tarikh apa tu kan? lemme explain toya. hehehe. tarikh tu aku jatuh and kaki kanan aku terseliuh. aku cerita kat orang aku lompat dari katil tapi sebenarnya ada cerita disebalik cerita. huhuu. takpelah. just forget it. ok lepas je "incident" tu kaki aku memang mengigil and mula nak membengkak. sakit kau tak boleh cerita lah kan. nak berdiri pun sakit and aku memang tak boleh jalan langsung. so keesokkan harinya.. pergilah hospital untuk buat pemeriksaan. lepas dah x ray semua. alhamdulilah tak patah juz tisu kaki aku koyak. tapi tu pun aku kena cuti 2 minggu. tapi aku balik u awal sebab fikir kelas kan. so 2 minggu mc tu aku tak guna betul2. ok dah kanan tu terseliuh satu cerita lah kan, tarikh penting yang kedua pulak 11 Januari 2013. hari jumaat masa aku tgah KO. aku kan degil so main lah. sebab aku fikir kaki yang kanan ni dah tak sakit sangat. n then masa latihan agaknya aku tersalah landing, kaki kiri aku pulak jadi mangsa. aku terus ketepi and coach pun dtang kat aku n buat ape yg patut. ingatkn terseliuh so coach tu pun urut. nak balik kolej pun coach yg hntarkan. bila balik kolej je. kaki aku dah mula bengkak n it hurts so bad i tell ya! haha. exaggerating lah kau ni miza. :P esoknya pg penawar n dia just bagi painkiller n ubat kalsium. sebab hari sabtu aku ada event dengan TRAV'C so aku kena datang. kat BK aku tak malu sangat tapi bila pergi padang futsal sumpah segan bila dah camtu. huhuhu. hari ahad pulak mama, abah, abg napi n akak ain datang nak jenguk aku. walaupun susah2 datang jauh2 tapi aku appreciate sangat2! ok esoknya keadaan kaki aku tak menampakkan tanda2 nak susut bengkak so "the siblings" sarankan suruh pergi hospital je habis cerita. bila pergi buat pemeriksaan semua sah kaki aku PATAH. and aku still tak boleh lupa muka doc tu bila cakap " kaki awak patah ni" and aku balas " betul ke patah doctor?" and dia boleh jawab ape?? " awak ingat patah ni main main ke" . ok boleh lagi loya buruk kann doc =.='' pastu dia cakap kaki aku kena simen . aku yang tak percaya ni tanya lagi " kena simen ke?" doc reply ''yelah patah kan'' still aku cam tak caya je. macam mmpi. and now aku kat rumah dengan kaki yang berbalut simen. huihuihuii sedihnya nasib :'( 

Sunday, 23 December 2012

Crush

crush? semua mesti ada crush kan. dulu masa ada diari aku selalu tulis sape crush aku n bla bla bla. bebel bebel la kat diari tu. anggap macam diari tu orang yg boleh dengar. tapi menulis lagi baik dari simpan lama lama sebab nanti lupa kan. banyak makan semut la katakan :P apa aktiviti yg biasa kita buat kalau kita minat kat someone ? meh kita listkan 1. cari nama dia kat sesape yg kenal or boleh dipercayai (sbb yg selebihnya cuma kepoh je :P) 2. cari dia kat fb or twitter  3 apalagi kan? stalk lah. tgok2 klau dia dah berpunya or blum takpun ikut prkembangan dia . 4. hmm? itu jelah aku pernah buat. selebihnya bergantung pada masing masing la kan tu . macam mana effort dia nak kenal dengan someone tu. tapi kebanyakkan kalau aku ada crush kat someone tu temporary je cuz aku jenis sedar diri. yelah sape lah aku berbanding perempuan or wanita wanita yang lain kan. ceeeehhwahh. lagi satu aku percaya pada takdir. if our fate does cross with each other. than its our fate :) sebab contoh terbaik. aku slalu jumpa dgan org yg aku paling tak nak jumpa. tup tup. asyik terserempak je. nampak tak kat situ TUHAN tu maha adil . yelah. mana kita tau kan orang yang selalu berselisih dengan kita hari hari tu sebenarnya jodoh kita. tak kira la sebagai apa. kwan or else. lagi satu aku ni observer. aku suka memerhati . maksudnya aku bole faham org or karakter seseorg tu. tapi depends camna org tu jugak. tapi kan. selalunya lah orang yg mcam aku ni susah orang nak faham. errrr. putar belit sikit kan ayat. ? macam ni. aku senang faham orang. tapi adakah orang senang nak faham aku? haaa. thats a big question mark. ok ni gambar salah satu crush yang tak mungkin aku dapat walaupun aku nangis guling guling pun. tapi kalau buat solat istiharah mybe boleh kot. ahaks! xD







jeng jeng jeng !! name: Choi Seung Hyun a.k.a TOP <3 <3 melting~ heeeee :D

Thursday, 29 November 2012

Counting the days

Cewahh. Entri kat atas macam mendebarkan. Counting ape? Counting nak naik sem baru lah kan. Fuhh dah sem 3 rupanya. Cepat betul masa berlalu. Maknanya lagi 3 sem aku bakal menamatkan diploma sebagai graduasi  UiTM. Inshaa Allah :) . ok cerita pasal naik sem ni tinggal berapa hari lagi je punn. teknikalnya aku dah bersedia secara fizikal. yela dah jadi senior. hahaha baru sem 3 kot. beriya- iya . tapi.. persediaan secara mental belumm. barang- barang pun belum sepenuhnya packing. yang selebihnya adalah yg benda kecil2. aduii. berat hati nak naik sem ni. berat nak tinggalkan rumah. hehehe.. ade lagi maksud di sebalik 'counting the days' tuu. berkira- kira ape?? berkira masa yang ada antara aku dengan dia..lepas ni masing- masing dah bawak haluan diri dalam mengapai cita- cita . cita - cita diri sendiri dan harapan keluarga.  jiwang jap okeh .hehe. cuma aku nak berterima kasih. terima kasih untuk kehadiran dia dalam hidup aku. THANK U ALLAH . Thanks for the memories. i 'm gonna miss u. A lot. definitely..  














*sebenarnya nak cerita banyak tapi cukuplah. nanti jadi emotional pulak. salam . BYE :)

Wednesday, 21 November 2012

Peperangan

perang . siapa2 pun takut perang kan. Dengan sekarang makin banyak perang sana sini. terus terang takut pun ada. tapi syukur Alhamdulilah Malaysia ni terkecuali dari semua tu. Banyak post kat FB or TWITTER yg kata semua ni kiamat kecil. nauzubilah. takutnya nak hadapi hari kiamat. hari kiamat tu memang pasti akan berlaku, cuma.. kita tak tahu bila. Bila fikir2 ajal maut tu semua kerja tuhan . tak perlu tunggu hari kiamat pun kalau dah smpai ajal kita akan pergi jugak... cuma satu.. dah cukup ke amalan kita kat dunia ni. ? kadang2 kita tak sedar yang kita ni kejar keduniaan semata-mata. pastu bila tengok berita sana sini sedih dengan nasib yang menimpa mangsa perang. contoh kat GAZA la kan. kadang2 rasa nak pergi je sana n selamatkan orang2 kat sana. huhu. heh. cakap memang senang la kan. macam kartun. hahaha. wlau macam mana pun ALLAH tu maha mengetahui semua perkara yang berlaku ni. so semua ni mungkin ada sebabnya..  kita kat malaysia ni boleh bagi bantuan dengan mendoakan keselamatan mereka  kat sana walaupun tak dengan tulang empat kerat. in syaa Allah.. bila cakap pasal doa ni nak sebut pulak pasal politik . hehe. aku ni bukan minat sangat politik tapi juz ambil tahu. ada satu insiden tu yg interesting sangat. kalau tgok berita tahu lah. tapi depends jugak saluran  mana yang tengok kan. hehe .. aku rasa lah kan dari mendoakan bnda2 camtu lebih baik buat solat hajat ramai2 camtu untuk doakan rakyat2 kat GAZA tu lagi lah dapat pahala.. kan.. why not?

Friday, 9 November 2012

Hari penentuan


today is the day! hari apa harini ? of coz hari keputusan keluar. alhamdulilah syukur dengan result yg aku dapat. turun dari sem lepas tapi nasib baik lah tak trun mendadak. apa-apa pun. alhamdulilah :) target memang tnggi nak dekan lagi sem ni. tapi nak buat camna takde rezeki. down tu sikit lah. tapi bila fikir balik sebenarnya ramai lagi yg down bila sebut pasal result ni. setiap yang berlaku tu ade hikmah . so aku berpegang dengan ayat tu. masih belum terlambat utk perbaiki kelemahan diri. yang paling penting jangan sesekali PUTUS ASA. thats the main point. kawan-kawan yg lain ade yg improve. baguslah. nmpak usaha dia belajar tu. huhu. so aku rasa bangga sebagai kawan dia. hehehe. untuk awak jangan sedih2 ok. walau mcm mana skali pun jangan putus asa. famili, kawan2 and saya ade utk bagi awk sokongan :)